Band terkenal Indonesia, Repvblik bakal mengadakan konsert di Malaysia Disember depan.

Bukan hanya Repvblik, konsert yang dibawakan oleh A Loud Nation Entertainment ini juga turut dihangatkan lagi dengan bersama penyanyi popular dengan lagu Cinta Luar Biasa, Andmesh.

Menariknya, band dari Malaysia iaitu Floor 88 juga bakal memeriahkan konsert tersebut dengan persembahan bertenaga mereka.

Repvblik bakal mengadakan konsert mereka di dua lokasi yang dipilih iaitu KL Live Center, Kuala Lumpur dan Persada, Johor Bahru.

Berbicara mengenai konsert, Repvblik mengakui tidak sabar untuk bertemu dengan peminat di Malaysia.

“Kami berasa sungguh teruja dan tidak sabar untuk bertemu peminat di negara ini. Pastinya kami akan jadikan malan konsert itu sebagai malam terindah buat mereka.

“Persembahan? Sudah tentu kami janjikan yang terbaik. Apa yang kami boleh katakan, konsert itu akan memberikan momen terindah antara Repvblik dan peminat,” kata Ruri.

Selain Ruri (vokalis) Repvblik juga dianggotai oleh Hexa (rhythm gitar), Lavy (bass), Tyar (keyboard, backing vocal), Randy (drum), dan Ei (lead gitar).

Repvblik & Friends bakal mengadakan konsert di KL Live, Live Center, Kuala Lumpur pada 18 Disember manakala di Persada, Johor Bahru pula pada tanggal 20 Disember.

Tiket boleh didapati dengan harga RM188 (pada 1 November 2019) manakala dengan pembelian early bird, RM148 (pada 25 Oktober 2019) di www.myticket.asia atau hubungi 03- 8605 0195.