Pelakon dan tunang kepada aktress Fasha Sandha, Aidil Aziz sekali lagi menjadi tumpuan apabila berkongsi gambar tidak berbaju di media sosial.

Menerusi entri di Instagram (IG), Aidil berkongsi sepotong video ketika sedang mengopek kelapa.

"Cardio Kelapo!! Siapo nak kelapo, silo komen," tulisnya.

. ‼️C A R D I O K E L A P O‼️ . ?? . Siapo nak kelapo,silo komen???

A post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz) on


Menerusi ruangan komen rata-rata kagum dengan kepakaran yang ada pada Aidil untuk mengopek kelapa dan mereka memuji bentuk badannya semakin sasa.

Tidak ketinggalan juga ada kalangan selebriti seperti Roslan Shah mengingatkan Aidil supaya menutup auratnya.



"Tutup aurat. Kesian dekat wanita-wanita kesunyian nampak badan @itsaidilaziz habislah nanti ramai wanita nanti semakin geram tengok aidil kahkah. Hati-hati ya," tulisnya secara berseloroh.

Fasha dan Aidil mula rapat sejak tahun 2017 dan telah mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu.