HIBURAN
Tutup Aurat & Sambut Ramadan, Bintang Po*no Jepun, Kae Asakura Peluk Islam
Nama bintang filem porno Jepun, Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil Black kini menjadi sebutan dalam kalangan peminat selepas wanita itu menutup aurat dan menyambut bulan mulia, Ramadan.
Asakura memperlihatkan perubahan imejnya menerusi perkongsian di akaun media sosial termasuk Instagram.
Pada perkongsiannya sekitar seminggu lalu, Asakura yang manis bertudung hitam melahirkan rasa bersyukur kerana menyambut Ramadan pertama.
“Ramadan Mubarak. Pengalaman pertama menyambut Ramadan.
“Bersyukur kerana dapat menikmati takdir perjalanan ini dengan penuh rahmat. Semoga kita mendapat hikmah dan dipelihara di sepanjang bulan yang mulia ini,” tulis Asakura di akaun Instagram @realilblack.
Meski tidak menyatakan dirinya kini sudah memeluk Islam secara nyata, ramai yang percaya pelakon porno yang juga seorang pempengaruh media sosial itu telah menjadi mualaf.
Hal ini dapat dilihat menerusi pengisian di Instagramnya yang diikuti 2.1 juta pengguna media sosial. Asakura dipercayai telah memadam perkongsian lama dan hanya meninggalkan enam keping foto serta video dengan imej dirinya yang baharu.
Dia juga aktif berkongsi kegiatannya sepanjang bulan Ramadan termasuk aktiviti bersahur di akaun TikTok.
Malah Asakura yang berusia 29 tahun itu juga sebelum ini pernah berkongsi video dirinya menutup aurat di TikTok sewaktu melawat Malaysia pada Oktober tahun lalu.
Pada awal 2025, wanita itu juga pernah berkongsi salah satu ruangan di rumah ibu bapanya di Kyoto yang digunakan sebagai ruangan solat.