Isteri kepada pendakwah kontroversi PU Abu Sufyan, Hana Azraa tampil menyatakan pendirian mengenai pilihannya untuk membuka purdah.

Jelas Hana, 25, seperkara yang dititikberatkan ialah menutup aurat dengan sempurna.

"Terima kasih pada yang tegur dan menasihati. Isu niqab, kenapa on off? Dah lah berniqab kadang-kadang upload gambar tak berniqab.

"Tak apa lah, lain orang lain pendapat. Kalau nak lebih ilmu atau info, google atau tanya pandangan orang yang berilmu.

"Tapi bagi saya tutup aurat dengan sempurna lagi penting dan sangat wajib.

"Niqabis atau tidak, jom sama-sama kita ambil berat tentang aurat dan pakaian yang dibenarkan dalam Islam ye," tulisnya menerusi Instastories hari ini.



Semalam Gempak melaporkan kemaskini terbaharu Hana yang memuat naik foto tidak lagi berpurdah bersama status 'Single Mommy'.

BACA: Buka Purdah, Status 'Single Mommy' Isteri PU Abu Cetus Tanda Tanya?

PU Abu dan Hana yang berstatus janda anak seorang telah mendirikan rumah tangga pada Mei lalu.

PU Abu bernikah dengan Ain pada 31 Ogos 2018 namun menceraikan isterinya yang sedang hamil itu pada 13 Mac menerusi aplikasi WhatsApp.

Konflik mereka selesai apabila jatuhnya talak kedua pada 16 Mei lalu.

PU Abu dan Ain dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun 2019.