Kisah mimpi Roslan Shah kahwini jutawan kosmetik Datuk Seri Vida akhirnya membawa kepada plot baru membabitkan pengacara sensasi Azwan Ali.

Terbaharu, menerusi ciapan Azwan atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA, pengacara itu seakan-akan menyindir Roslan berdasarkan kenyataannya mimpikan Vida.

Tulis Diva AA; "Nafsu lelaki ker nafsu ....? Udoh-udohlah tu ny*h. Ko gi jual rojak jer dari gelupuh bikin kontroversi yang tak ada hasil. Unless bila ko meroyan, TV3, Astro, RTM, Awesome TV berebut offer ko! Kesian."

Tidak terhenti di situ, Diva AA difahamkan turut melayangkan ciapan mendedahkan sisi gelap Roslan.



Hal itu mencuit Roslan yang kemudiannya berang dengan ciapan Diva AA dan membalasnya di ruang Instagram pada Rabu.

"Kau ada mimpi Datuk Seri Vida ke? Aku tak kacau kau jangan sampai aku laserrrr kau ya !!!!!....Nanti telinga kau sampai keluar bernanah tau lama mulut puaka aku tak keluar ya.. !!!!!!

"Awas kepada si dalang dalang dajal ya.....Tak tahu cerita jangan nak menghukum orang. Diva AA kau jangan nak berangan... Kau ingat aku takut dengan kau... Puihhhh. Nyah kau dari sini ahli neraka jahanam!

"Siapa yang mulakan meroyan dulu? Diam bukan bererti takut ya.....Ambil kau hahahahaha. Mulut pembawa virus Corona di muka bumi ini adalah kau!" tulis Roslan.



Terdahulu, pendedahan Roslan bermimpi mengahwini Vida menarik perhatian ramai. Malah, Roslan sendiri sudah menghubungi Vida dan bakal suaminya, Iqbal Zulkefli untuk menjelaskan perkara sebenar.

BACA: Roslan Shah Mimpi Kahwini Vida, Mohon Maaf Pada Iqbal - "Tak Semestinya Seorang Lembut Tak Boleh Bercinta Ya"