Laman Utama
Tutup Twitter, Ariana Grande Cetus Spekulasi Buat 90 Juta Pengikutnya
Lebih 90 juta pengikut penyanyi Ariana Grande di laman sosial Twitternya terkejut apabila gagal menemukan akaun selebriti kesayangan mereka itu sewaktu ingin memberi ucapan Merry Christmas kepadanya pada 25 Disember lalu.
Hal itu lantaran Grande dipercayai telah menutup akaun tersebut tanpa memberitahu para peminat. Tindakan Grande yang tiba tiba menghilang dari radar Twitter menimbulkan tanda tanya memandangkan dia adalah salah satu artis yang cukup aktif berinteraksi di media sosial.
Menurut laporan The International News, carian pada nama akaun @arianagrande kini tidak dapat menemukan artis itu lagi.
“Akaun yang anda cari tidak wujud. Cuma dengan menggunakan carian lain,” demikian lapor portal tersebut.
Tindakannya menutup akaun Twitter telah membuatkan namanya trending dalam laman sosial tersebut.
Ia sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi antaranya mendakwa Grande menutup akaun Twitter kerana menjadi mangsa buli cyber.
Namun, ada yang berpendapat dia sengaja melakukan itu sebagai gimik untuk menyambut kemunculan karya terbaharunya.
Meski demikian, Grande dilihat tidak menghapuskan akaun Instagramnya yang memiliki lebih 249 juta pengikut.
Dia malah dilihat sempat memberi ucapan ringkas kepada pengikutnya yang merayakan perayaan Hari Natal dua hari lalu dengan menuliskan: “Merry, be safe, I Love You.”
Kredit Foto: The International News
Must-Watch Video