“Tweet Terakhir Saya Sebagai Menteri Kesihatan, Terima kasih!” – Dr. Dzulkefly
"Tiada kes positif baharu.
"Dua lagi masih dirawat di wad dan stabil," tulis beliau menerusi kicauan terbabit.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, kicauan terakhir beliau nampaknya mengundang rasa sayu wargamaya.
“Ayat terakhir tu sangat sedih. Terima kasih atas segala sokongan yang diberikan kepada Kementerian Pendidikan. Dr. buat kerja yang bagus,” tulis seorang wargamaya.
“Terima kasih D.r Zul atas khidmat yang diberikan. Salah seorang Menteri yang berkhidmat dengan baik. Semoga Allah permudahkan semua urusan Dr,” kata seorang wargamaya.
“Yang baik dan berkhidmat untuk rakyat, saya sokong, setahu saya Dr Zul tidak banyak bersuara tentang politik dan beliau terus fokus kepada isu kesihatan dan COV19, takpa la Dr, rezeki itu berada di mana sahaja,” ujar seorang wargamaya.
“Allahu. Tak pernah saya rasa sedih macam ni. Semoga jasa baik Dr. dibalas setimpal oleh Yang Maha Pengasih dan Penyayang. You are among the best Minister especially for Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih,” luah seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, Dr. Dzulkifly pernah bergelar seorang pensyarah di Fakulti Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan sebelum dilantik sebagai Menteri Kesihatan.