Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TWICE Jihyo, Kang Daniel Dah Bercinta Hampir Tujuh Bulan

Mya Amri
05/08/2019 09:45 MYT
Anggota kumpulan K-Pop terkenal TWICE, Jihyo dilaporkan menjalinkan hubungan cinta dengan bekas anggota kumpulan WANNA ONE, Kang Daniel.

Berita itu disahkan oleh agensi pengurusan Jihyo, JYP Entertainment hari ini.

“Jihyo dan Kang Daniel bertemu dan pasangan itu memang sedang bercinta,” ujar wakilnya ringkas.

Manakala agensi pengurusan Daniel, KONNECT Entertainment juga turut memaklumkan perkara yang sama.

“Hello ini adalah KONNECT Entertainment. Pertama sekali kami ingin memohon maaf atas kelewatan untuk megesahkan perkara sebenar.

“Kami ingin memaklumkan bahawa memang benar Kang Daniel dan Jihyo sedang bercinta,” jelas wakilnya.

Terdahulu, hubungan pasangan ini didedahkan secara eksklusif oleh portal eksklusif terkenal Korea, Dispatch pagi tadi.

Menurut Dispatch, pasangan ini mula bercinta sejak awal tahun ini.

Sumber: Allkpop
#Artis Korea #Kang Daniel #TWICE Jihyo