Hiburan

Twitter Mariah Carey Digodam, Hantar Mesej Berunsur Lucah

gempak
Azwa Rahman
02/01/2020
10:23 MYT
Sponsor Banner
Twitter Mariah Carey Digodam, Hantar Mesej Berunsur Lucah
Penyanyi Mariah Carey berang apabila akaun Twitternya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab pada malam ambang tahun baru.
Menerusi akaun @MariahCarey, bekas isteri Nick Cannon itu terkejut dengan kejadian tersebut.
“Saya sedang tidur dan ini yang terjadi?” tulisnya menerusi satu kicauan. Sewaktu akaunnya digodam, ‘Mariah’ dilihat menghantar kicauan berunsur perkauman serta berbaur lucah mengutuk penyanyi rap popular, Eminem.
Bagaimanapun, kicauan mengutuk Eminem tersebut nampaknya menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi apabila dua figura itu pernah terlibat dalam satu persengketaan beberapa tahun lalu.
Selepas memuat naik beberapa kicauan berunsur negatif tersebut, ia terus membangkitkan kemarahan peminat-peminatnya.
Namun, keadaan kembali jernih apabila semua kicauan berkenaan berjaya dipadamkan tidak lama selepas itu.
Mariah baru sahaja membuka akaun Twitternya pada Januari 2019 dan kini telah mengumpulkan seramai 21.4 juta pengikut.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024