Stadium milik kelab Tottenham Hotspur di England baru saja siap pembinaannya, namun belum beberapa minggu dibina ia telah menjadi 'buah mulut' antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Semuanya gara-gara menu khas ‘Malaysian Chicken Curry’ dan ‘Malaysian Rendang’ yang diperkenalkan di kafe stadium berkenaan.
Tweet terbabit kemudian tular sekali gus menjadikan menu rendang kembali popular di sosial media sehinggalah ke Indonesia.

Maka ramailah netizen dari Indonesia yang 'menyerang' tweet terbabit dan mempertahankan menu rendang sebenarnya milik mereka.


Diharapkan perbalahan ini tidak berpanjangan terutamanya pergaduhan yang membabitkan makanan.