Gaya Hidup
Twitter Rasmi Tottenham Hotspur 'Diserang' Netizen Indonesia Gara-Gara Menu Rendang
Stadium milik kelab Tottenham Hotspur di England baru saja siap pembinaannya, namun belum beberapa minggu dibina ia telah menjadi 'buah mulut' antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.
Semuanya gara-gara menu khas ‘Malaysian Chicken Curry’ dan ‘Malaysian Rendang’ yang diperkenalkan di kafe stadium berkenaan.
Tweet terbabit kemudian tular sekali gus menjadikan menu rendang kembali popular di sosial media sehinggalah ke Indonesia.Menu di stadium baru kita, ada Malaysian rendang dengan Malaysian chicken curry. ?Kena try nie!Gambar ehsan @MalaysiaSpurs pic.twitter.com/ZI1DJnGA5s— Tottenham Hotspur (@Spurs_MAS) April 5, 2019
Maka ramailah netizen dari Indonesia yang 'menyerang' tweet terbabit dan mempertahankan menu rendang sebenarnya milik mereka.
RENDANG DARI PADANG - SUMATERA BARAT - INDONESIA WOOYYY??????????— Eko Rudianto (エコはたけ) (@eckohatake) April 5, 2019
Monmaap hanya mengingatkan... pic.twitter.com/fVhFSoRgjA— abansaputra (@abaiii_) April 6, 2019
Lets having MASTERCHEF SOUTH EAST ASIA 2019. And see which better ! ?— Prawira Ocky Perdana (@prawiraocky) April 6, 2019
Diharapkan perbalahan ini tidak berpanjangan terutamanya pergaduhan yang membabitkan makanan.
Must-Watch Video