GAYA HIDUP
Twitter Wanita Ini Diserang Gara-Gara Mempertikaikan Duit Raya RM5!
Gara-gara mempertikaikan duit raya RM5 yang diterima oleh anaknya, akaun Twitter dikenali sebagai Mama Ejja ini diserang warganet.
Sehingga kini tweet berkenaan telah menerima 959 komen dan ‘retweet’ sebanyak 697 kali.
Menerusi tweet terbabit, Mama Ejja menyatakan pendapatnya tentang pemberian duit raya yang diberi oleh saudara maranya.
Menurut Mama Ejja, biarpun mempunyai kereta mewah dan bergaji besar, namun saudara maranya masih tetap memberi duit raya serendah RM5.
Rentetan daripada tweet berkenaan, akaun miliknya kemudian diserang dengan ratusan kecaman oleh warganet.
Kebanyakkannya dilihat tidak berpuasa hati dengan pandangan terbabit,malah menyifatkan wanita berkenaan tidak bersyukur dengan apa yang diterimanya.Xtau nak kata apa. Pakai kereta mewah, gaji besar, bagi duit raya Mak sedara pak sedara banyak ni. What do you think???? pic.twitter.com/nbRG26WRNR— Mama Ejja (@EjjaMama) June 7, 2019
Anda boleh lihat komen di bawah:
Duit raya ni sedekah. Tak kisah berapa nilai. Asal kan ikhlas. Tangan yg memberi lebih baik dari menerima.— BB Kin ? (@aCukiKin) June 7, 2019
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang mengeluarkan kata-kata kesat pada tweet berkenaan.Assalamualaikum mak cik? pic.twitter.com/8w2IqsduZ0— Nuriyliamalek (@nuriyliamalek) June 7, 2019
Ini antara komen yang bersifat keterlaluan:
Rasanya makcik ni hilang ingatan sbb terlebih makan rendang. Haha— Fawa (@Farah7879) June 7, 2019
Dunia kata pergi, kubur kata mari. Saya bukan nak keji, tolonglah syukur masih ada yg memberi. Bukan nak kurang ajar, bukan nk caci, tapi silalah sedar, mereka ada mak sendiri. Membawang silalah ke fb, ini mak sedara siapa ni?— #TeamRayaIpoh ♥️ (@twt_doraaa) June 7, 2019
Must-Watch Video