Tya Adnan Bersalin, Shukri Yahaya Timang Anak Kedua

ZULHILMI JALIL
Julai 20, 2020 07:57 MYT
Pelakon Shukri Yahaya selamat menyambut kelahiran anak keduanya sebentar tadi.
Menurut Shukri, 32, isterinya, Tya Adnan selamat bersalin bayi lelakinya pada pukul 2.18 petang di sebuah pusat perubatan.
"Alhamdulillah, hari ini, Isnin 20/7/20, jam 2.18 petang, lahirlah adik lelaki @aairaameena.
"Terima kasih pada uncles dan aunties yang dooakan untuk kesihatan, keselamatan mommy @tyaadnan dan baby yang baru lahir ni.
"Harap Allah akan balas beribu lagi kebaikan pada semua yang mendoakan, Amin," tulisnya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam posting tersebut, Shukri turut berkongsi sebuah video dirinya bersama bayi yang baru lahir.
Di ruangan komen, rata-rata mengucapkan ucapan tahniah atas kehadiran cahaya mata baru.
Sebelum ini, Shukri mendedahkan bahawa dia dan isteri teruja untuk menyambut kelahiran anak kedua mereka.
BACA: Tak Sabar Nak Sambut Hero, Shukri Yahaya Sudah Ready Nama Anak
Shukri yang mendirikan rumah tangga bersama Tya Adnan pada 2015.
Hasil perkongsian hidup pasangan itu telah dikurniakan seorang anak perempuan, Aaira Ameena, 4.
#Shukri Yahaya #Tya Adnan #bayi lelaki