Berita gembira tersebut dikongsi Tya di Instagram (IG) dengan memuat naik gambar bersama bayi dan suami tercinta, Asyraf Khalid.
Kongsi menantu kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu lagi, bayi perempuan seberat 3.6kg itu selamat dilahirkan secara normal pada jam 11.11 malam.
Lebih manis, nama Aghnia Jiwa dipilih untuk bayi ketiga pasangan tersebut.
Dalam pada itu, Tya turut memohon semua mendoakan urusannya dan keluarga dipermudahkan.
Untuk info, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, 7, dan Azzahra Jiwa Asyraf, 5.