BERITA
Tya Arifin Terima Anugerah Khas Pusat Laktasi Kebangsaan
Pelakon Tya Arifin menerima anugerah khas daripada Pusat Lakstasi Kebangsaan sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2020.
Anugerah tersebut diberikan kepada Tya atas usahanya dalam menggalakkan penyusuan susu ibu dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Bahkan, pada majlis itu, Tya turut menerima sijil sebagai Pembimbing Rakan Penyusuan Susu Ibu atau Breastfeeding Peer Counsellor selepas berjaya menamatkan kursus yang disertai pada tahun lalu.
Berita gembira itu dikongsiakn Tya menerusi satu entri di Instagram miliknya.
"Hari ini (semalam) menjadi sejarah dalam hidup Tya, bukan hanya menjadi Ikon Penyusuan Susu Ibu, tapi Tya telah menyelesaikan dan menamatkan Kursus Pembimbing Rakan Penyususan Ibu, lebih dikenali sebagai Breastfeeding Peer Counselor dan juga menerima Anugerah Khas daripada Pusat Laktasi Kebangsaan.
"Alhamdulillah Ya Allah, semoga dengan ilmu yang Tya ada, boleh bermanfaat untuk dikongsikan kepada orang lain," kongsi menantu penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Nurhaliza itu.
Sebelum ini, pada tahun lalu, Tya menerima gelaran ikon selebriti penyusuan susu ibu daripada Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur.
BACA: “Ini Untuk Ibu-Ibu Yang Berjuang Memberikan Susu Ibu”- Tya Ariffin Dilantik Ikon Selebriti Penyusuan Susu Ibu 2019
Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandri Arifin mendriikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid pada 1 November 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mara, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.



Must-Watch Video