Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hollywood

Tyra Banks Enggan Anak Lelaki Ikut Jejaknya Jadi Model

Kamaruddin Razal 18/02/2018 | 07:55 MYT
Peragawati dan pegacara terkenal, Tyra Banks enggan anak lelakinya, York Bank Asla menuruti jejak langkahnya dalam bidang peragaan.
York merupakan anak sulung Tyra yang dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang.
Anak tersebut merupakan zuriat hasil hubungannya bersama bekas teman lelaki, jurugambar popular Erik Asla.
"Saya tak mahu anak saya menyertai bidang peragaan dan beraksi sebagai seorang model seperti saya. Sebagai seorang ibu, saya rasa biarlah anak saya mencari kerjaya lain," kata Tyra.
Namun begitu, jika anaknya tetap berkeras mahu menjadi seorang model satu hari nanti, Tyra akan menggunakan kaedah psikologi terbalik.
"Saya sedar jika saya menghalang anak saya, dia pastinya akan memberontak dan tetap melakukan biarpun dilarang. Saya akan gunakan kaedah psikologi terbalik. Saya akan memaksanya sehingga dia memberontak," katanya lagi.
Sumber & Foto: People
#Hollywood #Hollywood #Supermodel #Tyra Banks
;