Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tyra Kamaruzzaman Upah Bodyguard Ketika Majlis Kahwin - "Kami Mahu Semua Yang Hadir ..."

Amri Hassan
10/05/2024 01:55 MYT
Pempengaruh media sosial Tyra Kamaruzzaman mengakui menggunakan khidmat pengawal peribadi ketika majlis perkahwinannya hujung minggu lepas.

Jelas Tyra, alasannya untuk menggunakan perkhidmatan tersebut demi menjaga keselamatan.

"Mengikut jumlah tetamu yang hadir ketika majlis itu, kami mengambil keputusan untuk mengambil pengawal peribadi atas faktor keselamatan.


"Kami mahu semua yang hadir turut berada dalam keadaan yang selamat. Apa jua boleh terjadi di dunia ini.

"Jadi kami mengambil pengawal peribadi untuk langkah keselamatan pada masa itu," jelasnya menerusi sesi soal jawab bersama peminat di Instagram Stories.

Terdahulu, Tyra Kamaruzzaman selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang juga seorang pereka fesyen, Emran Rijal pada Jumaat lalu.

BERITA TRENDING: Tyra Kamaruzzaman Kini Isteri Pereka Fesyen, Terima Mas Kahwin RM1,111

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Haji Kamaruzzaman dan dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri. Pada majlis nikah tersebut, Tyra atau nama sebenar Athirah Kamaruzzaman menerima mas kahwin sebanyak RM1,111.

Majlis akad nikah yang berlangsung di Boathouse, Kuala Lumpur itu bertemakan rona putih yang dihadiri kedua-dua belah pihak.

Untuk rekod, Tyra dan Emran diijabkabulkan selepas enam bulan mengikat tali pertunangan. Hubungan Tyra dan Emran mula dihidu netizen sekitar September tahun lalu apabila mereka dilihat sering bersama.

BERITA TRENDING: Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”

#Kahwin #Viral #Tyra Kamaruzzaman #Bodyguard #Pengawal peribadi #Emran Rijal