Hiburan

Tyzo Dedah Dipaksa Undur Diri Jadi Penyampai Radio - “Minta Maaf Ini Bukan Keputusan Saya”

gempak
Mya Amri
13/01/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
Tyzo Dedah Dipaksa Undur Diri Jadi Penyampai Radio - “Minta Maaf Ini Bukan Keputusan Saya”
Penyampai radio, Tyzo Xander mendedahkan masih lagi mahu berkhidmat di Suria FM dan keputusan untuk meninggalkan stesyen itu bukan kehendaknya.
Tyzo memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
“Saya minta maaf kerana ini bukan keputusan saya. Saya masih lagi mahu hekerja. Saya punya anak tapi ini bukan kehendak saya.
“Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah kemenangan penyampai radio popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 #abpbh35,” maklumnya.
Dalam hantaran yang sama, Tyzo juga memaklumkan bahawa dia tidak reda dengan keputusan tersebut dan berharap tiada pihak yang memutar belitkan cerita.
“Selepas ini mohon tidak ada pihak spin cerita, olah ayat, tuduh diva demi menutup aib. Hanya yang pernah lalui sahaja tahu sakitnya.
“Jutaan maaf kepada seluruh pendengar Suria Petang. Buat Kak Rara, saya akan rindukan bekerja dengan akak.
“Saya tidak reda pemergian ini. Tapi apa daya saya, saya tiada kuasa, saya tiada pilihan. Saya harus pergi. Maafkan saya. Selamat tinggal… Suria,” maklumnya.
Terdahulu, Tyzo mengumumkan pengundurannya bersama stesen itu ketika bersiaran di Suria Petang pada Jumaat.
Tyzo atau Zolqarnain Idris telah mengendalikan segmen Suria Petang sejak tahun 2016.
Suria Petang dikendalikan oleh Tyzo bersama Rara (Sharifah Shahirah) setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 3 hingga 7 petang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live