Hiburan
"Tyzo Macam Adik Saya Sendiri" - DJ Lin
Penyampai radio dan Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin tergamam selepas tular kenyataan Tyzo Xander minggu lalu.
BERITA TRENDING: "Anak-Anak Saya Tak Bersalah, Jangan Hina Mereka" - DJ Lin
Jelas DJ Lin, dia tidak menyangka Tyzo tergamak mengeluarkan perkataan itu sedangkan hubungan mereka selama ini ibarat adik-beradik."Bila dia lafazkan di depan muka sudah tentu saya tergamam kerana itu perkataan yang keluar daripada mulutnya.
"Saya agak sedih sebab tak tahu apa masalah dia sehingga sanggup mengeluarkan perkataan itu.
"Saya anggap dia seperti adik saya sendiri kerana kami sudah kenal sejak 2006 ketika bekerjasama di Suria FM sebelum kontraknya tamat pada 2012.
"Selepas itu ketika saya dilantik sebagai Pengurus Besar Suria FM, antara langkah pertama saya buat adalah memanggil kembali tiga bekas penyampai dan salah seorangnya adalah Tyzo.
"Ketika saya usulkan nama dia kepada pihak pengurusan tertinggi Suria FM, Alhamdulillah dia diberi rezeki untuk kembali berkhidmat semula pada 2016.
"Sejak itu juga hubungan kami semakin rapat. Saya tak nampak di mana silapnya. Saya tidak mengatakan orang tak berhak benci saya, cuma saya sayangkan silaturahim yang sudah terjalin," katanya.
PILIHAN PEMBACA: “DJ Lin Tak Perlu Letak Jawatan, Prestasinya Bagus” - Pengerusi Star Media Group
Terdahulu, pengumuman penamatan kontrak Tyzo menjadi kecoh apabila ramai tidak berpuas hati dengan pemberhentian penyandang Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH 35) itu.Tindakan dilakukan pihak pengurusan stesen radio milik Star Media Group Berhad itu disifatkan sebagai tidak wajar sedangkan segmen Suria Petang dikendalikan Tyzo bersama Sharifah Shahirah atau Shiera adalah slot paling popular pada waktu petang.
Tak berpuas hati dengan tindakan stesen radio itu, ramai mengugut mahu memboikot Suria FM.
Must-Watch Video