Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tyzo Xander Pernah Diraba Dalam Kereta? - "Benda Tak Sengaja..."

Amri Hassan
10/02/2024 04:55 MYT
Bekas penyampai radio, Tyzo Xander mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual apabila diraba oleh individu yang tidak didedahkan maklumatnya.

Berkongsi perkara itu menerusi sebuah podcast yang dimuatnaik di TikTok, Tyzo memberitahu kejadian itu berlaku sudah lama.

"Itu cerita lama, bukan kat konsert, tapi dalam kereta. Benda tak sengaja," ujarnya sambil tertawa.

A post shared by tyzo X xander (@tyzoxander)


Selain Tyzo, saluran podcast yang dikendalikan oleh Dzar Ismail, Dyn dan Raja Azrie itu turut mengundang Shuk Sahar sebagai tetamu.

Terdahulu, nama Tyzo menjadi kecoh di laman sosial selepas kontraknya bersama stesen radio Suria FM ditamatkan selepas lapan tahun berkhidmat.

Pengurus Besar stesen radio berkenaan, Roslinda Abd. Majid atau dikenali sebagai DJ Lin berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu bagi 2024.

BERITA TRENDING: Tyzo Tunjuk Bukti Rating Suria Cinta Paling Corot? - "Biar Gambar Berbicara"

#Viral #Penyampai radio #peminat #Kereta #Raba #Tyzo Xander
;