Laman sosial telah dihujani dengan gambar individu yang disunting menjadi tua menggunakan aplikasi FaceApp semenjak semalam

Kegilaan ini bukan hanya melanda warganet biasa, malah ia turut menjadi tumpuan ramai selebriti tempatan.

Antara yang menarik perhatian termasuklah Zizan Razak, Sufian Suhaimi, PU Rizz, Hael Husaini, Elyana serta Datuk Ramli MS.

Anda boleh lihat wajah tua mereka di bawah:

Sila la kutuk jemaah..sila sila sila..hahahaha..

A post shared by ramli mohamed salleh (@tokram_ramlims) on

Ni bangang mana pulak edit gambar aku sampai jadi macam professor X ni. Aku kalau dapat tukang edit ni aku kunyah tumit dia. Kurang ajo..!!! #zizanrazak #professorx

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on


Namun dalam pada ramai yang berseronok memuat naik gambar di aplikasi terbabit, tahukah anda sebenarnya FaceApp sekarang sudah memiliki lebih daripada 150 juta data muka dan nama pengguna?

Memetik laporan The Forbes, aplikasi ini dilihat agak meragukan berikutan terma dan syarat-syarat penggunaan aplikasi tersebut.

Gambar yang diberikan kepada FaceApp berkemungkinan membolehkan mereka untuk menggunakannya untuk apa sahaja yang mereka suka, selama mana yang mereka inginkan.

Malah anda tidak akan menerima royalti pada gambar yang diberikan itu jika ianya digunakan untuk tujuan promosi mereka.



Perkara ini turut dibangkitkan oleh laman Facebook, Public Health Malaysia.

Apapun, berhati-hatilah setiap kali memuat naik wajah ke dalam aplikasi tertentu.

Semak dahulu terma dan syaratnya.

The old me is dead and gone

A post shared by Sufian Suhaimi ?? (@sufiansuhaimi_) on

Kalau kita asyik mencari yg cantik sahaja semuannya akan hilang dan kedut Hanya agama shj hok selamat kite #MogaAllahJagaKita

A post shared by H A R I S I S M A I L (@pu.riz) on