,
Hiburan

Ubai Syukur Shila Amzah Selamat Bersalin, Beri Nama Anak Rhea Akira - “Mesti Arwah Mak Happy”

Mya Amri
09/05/2024
14:15 MYT
Penyanyi, Shila Amzah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Khamis.
Berita gembira itu dimaklumkan oleh suaminya yang juga merupakan pempengaruh media sosial, Ubai.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Ubai memanjatkan rasa syukur dan sebak melihat isterinya bersalin.
“Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta.
“Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan.
“Terima kasih ya Allah atas rezeki yang kau berikan pada kami sekeluarga,” tulisnya.

BERITA TRENDING: Shila Amzah Berharap Dapat Bersalin Secara Normal - “Ini Merupakan Yang Paling Lama Saya Mengandung…”

Dalam hantaran yang sama, Ubai juga turut mengumumkan nama anak sulung mereka.
“Cucu pertama arwah mak dah selamat dilahirkan. Mesti arwah mak happy. Takdir dan perancangan Allah itu sangat hebat.
“Akan kami jaga sehabis baik amanah dan rezeki yang kau berikan ini. Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira,” coretnya.
Untuk rekod, Shila sah bergelar isteri kepada Ubai pada 5 Ogos 2023 dan kini sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama.
Shila pernah bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Hiburan

“Puteri Kecil Kami Lahir Dengan Sihat” - Song Joong Ki Syukur, Isteri Selamat Bersalin Anak Kedua

gempak
21/11/2024
08:20 MYT
Pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki meluahkan rasa gembira selepas isterinya, Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar