Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ubai Ulas Isu Bapa Culas Bayar Nafkah - “Ikut Suka Hati Netizen Nama Siapa Yang Mereka Nak Petik”

Asyikin Mayudin
29/04/2024 01:55 MYT
Pempengaruh Ubai MZ berkata perkongsiannya mengenai sikap culas seorang bapa soal membayar nafkah yang dimuat naik baru-baru ini ditujukan secara umum.

Tak Tuju Mana-Mana Pihak

Suami kepada penyanyi Shila Amzah ini menjelaskan dia sekadar berkongsi mengenai sikap seorang bapa yang tidak acuh dalam menjalankan tanggungjawab terhadap anak.

“Saya cakap secara umum, tidak menujukan kepada mana-mana pihak. Tetapi hanya saya seorang sahaja yang tahu. Saya sekadar berkongsi sahaja mengenai perkara itu.

“Mengenai dakwaan netizen, saya tidak akan mengiyakan mahupun menidakkan. Ikut suka hati netizen nama siapa yang mereka nak petik,” katanya.

Terdahulu, Ubai memuat naik ciapan berbentuk luahan rasa geram dengan sikap seorang individu yang tidak membayar nafkah sebanyak RM350 kepada anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri.

Malah, Ubai mendakwa individu terbabit bersikap lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada bekas isteri.

Bagaimanapun terdapat segelintir netizen mendakwa perkongsian itu ditujukan kepada bekas suami Shila Amzah iaitu Haris Idraki.

Sekadar info, Ubai mendirikan rumah tangga bersama Shila pada 5 Ogos 2023 selepas penyanyi itu berpisah dengan bekas suami, Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkongsian hidup, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.

BERITA TRENDING: “Nafkah Anak Tak Bagi Walaupun RM350, Dengan Alasan Sebab Ex Dah Kahwin” - Ubai

BERITA TRENDING: Shila Amzah Pilih HUKM Untuk Bersalin - “Ikutkan Saya Nak Ke Hospital Swasta Lain Tapi…”

#Netizen #Shila Amzah #Nafkah Anak #Ubai #Ubai MZ #Suami Shila #Bapa tak bayar nafkah #Bekas suami Shila #Sikap culas bapa
;