Pesisir pantai barat negeri Sabah telah diserang oleh spesis ubur-ubur yang dijangka akan berlarutan sehingga bulan Mei.

Kehadiran ubur-ubur ini disebabkan oleh keadaan cuaca panas dan kering.

Ubur-ubur tersebut dikenali sebagai ubur-ubur pasir iaitu ubur-ubur bertompok hitam.

Jika anda terkena sengatan ubur-ubur ini, ia boleh menyebabkan kegatalan, alergi, mengakibatkan radang dan kemudiannya membengkak pada kawasan sengatan.



Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Junz Wong, Jabatan Perikanan Sabah telah menghantar satu pasukan untuk menyiasat kejadian di pantai Tanjung Aru itu.

"Orang ramai perlu mematuhi papan tanda amaran selain menjauhi kawasan pantai yang dipacakkan bendera merah.

"Jika perlu, pakailah pakaian mandi yang menutupi seluruh badan untuk mengelak daripada disengat," katanya kepada Bernama.

Selain itu, jangan mengutip ubur-ubur yang mati kerana ia masih mempunyai nematocysts yang masih hidup dan boleh membebaskan toksin walaupun selepas haiwan itu kering.

Elakkan berdekatan dengan kawasan pantai dan sentiasa berhati-hati kalau anda terasa nak melakukan aktiviti laut!