Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Ucapan Angah Raja Lawak Sempena Ulangtahun Perkahwinan Kepada Isteri Sentuh Hati Peminat

Rozaimi Zubaidi 20/02/2018 | 06:28 MYT
Ucapan dan doa yang diberikan penyampai radio Sinar Pagi, Angah Raja Lawak kepada isterinya, Amira Asyura Abd Razak sempena ulang tahun perkahwinan kedua mereka menyentuh hati peminat.
Ucapan istimewa yang dikongsi Angah menerusi akaun Instagramnya hari ini turut disertakan dengan foto mereka berdua.
Angah menyatakan rasa bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang memahami dan saling melengkapi antara satu sama lain.
"Happy anniversary! Syukur Alhamdulillah dah dua tahun usia perkahwinan kami yang masih muda.
"Terima kasih sayang kerana banyak bersabar dengan karenah suamimu ini dan juga kerana sentiasa bersikaf positif serta sentiasa membuat kita terus menjadi pasangan yang bahagia.
"Alhamdulillah. I love you until jannah insyallah. Terima kasih kepada awak semua yang terus mendoakan kami," tulisnya.
Dalam pada itu, entri tersebut telah dipenuhi dengan ucapan tahniah dan peminat juga mendoakan semoga pasangan ini dikurniakan cahaya mata serta perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir hayat.
#Penyampai radio #Angah Raja Lawak
;