Ucapan Cute Lara Alana Sempena Ulang Tahun Kelahiran Awal Ashaari Curi Perhatian Netizen

Amri Hassan
Ogos 7, 2018 08:54 MYT
Pengacara terkenal, Awal Ashaari baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-37 pada 6 Ogos lalu.
Melalui perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Awal telah memuat naik video anaknya, Lara Alana menyampaikan ucapan ulang tahun kelahirannya beserta kapsyen.
"Video ini sangat istimewa bukan kerana subjek, tetapi kerana orang di belakang kamera. Boleh tahan untuk seorang amatur!
"Jadi, pensel warna sebagai ganti, kenapa tidak? Terima kasih atas ucapan hari lahir. Jumpa di Kuala Lumpur," tulis Awal.
Rata-rata artis dan pengikut di laman tersebut memuji kepetahan Lara menyampaikan ucapan kepada bapanya dalam bahasa Inggeris.
Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: IG Awal Ashaari
#Awal Ashaari #Lara Alana #Pengacara