gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Anak Saya Beradab & Hormat Orang” – Watie Hanifiah Respon Isu Talita Didakwa Guna Bahasa Kurang Sopan
HIBURAN
Didakwa Tak Wish Birthday Anak, Instagram Aliff Aziz Jadi Sasaran Warganet
HIBURAN
Bapa Hidap Kanser Usus, Amir Raja Lawak Mahu Stesen TV Bayar RM18,000 Kadar Segera! - “Ini Soal Hidup & Mati Abah Saya”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Ucapan Fazura Buat Hari Lahir Fattah Bikin Ramai Cair - “Kepada Cinta Hati Ku…”

Izwan Isa
Izwan Isa
15/09/2022
03:50 MYT
Sponsor Banner
Ucapan Fazura Buat Hari Lahir Fattah Bikin Ramai Cair - “Kepada Cinta Hati Ku…”
Semalam, pelakon Fattah Amin baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke-32. Tentulah, isteri tercinta, Nur Fazura tidak lupa untuk menitipkan luahan rasa sempena dengan ulang tahun kelahiran suaminya.
Menerusi kemas kini di Instagram, Fazura menyifatkan Fattah sebagai seorang manusia yang sangat berharga, selain sentiasa menjadi cahaya dan tulang belakang baginya.
“Ini untuk kesayangan saya… sempena dengan sambutan kelahiran kamu hari ini, saya ingin kamu tahu yang betapa berharganya kamu sebagai seorang manusia.
“Terima kasih sayang kerana menjadi cahaya dalam hidup saya, menjadi tulang belakang saya, penasihat saya, orang kuat saya dan kadang-kadang clingy-hubsbaby.
“Terima kasih sayang kerana menjadi penyokong terbesar ketika waktu senang dan susah. Setiap hari, saya berasa sangat bertuah kerana Allah SWT memilih kamu untuk menjadi suami dan ayah terbaik kepada Fatima.
“Kepada cinta hati ku, semoga Allah SWT sentiasa melindungi, merahmati, memberi petunjuk dan hidayah serta mengurniakan keredaan-NYA buat sayang di dunia akhirat. I love you baby,” tulis Fazura.
View this post on Instagram
A post shared by Nur Fazura (@missfazura)
Menerusi ruangan komen, ramai yang turut sama mendoakan kepanjangan umur Fattah dan berkongsi ucapan hari lahir buat aktor berkenaan.
“Till jannah both of you! Happy birthday.”
“Masya-Allah semoga Allah bahagiakan Fazura dan Fattah sekeluarga sampai ke syurga. Happy birthday boss Fattah Amin. Semoga dipermudahkan semuanya dan diberikan kejayaan dunia dan akhirat.”
“Love both of you so much. I'm crying a lot. This video and the song touch my heart so much. Love you lovebirds.”
Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima yang kini berusia dua tahun.
Topic Berkaitan
#Fazura
#Fattah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement