Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ucapan Pertama Bruce Willis Selepas Didiagnos Nyanyuk

Maliah Surip
21/03/2023 09:26 MYT
Berita tentang kesihatan bintang terkenal Bruce Willis yang merosot kerana didiagnos dementia atau nyanyuk mungkin membuat banyak peminatnya berduka.

Namun, perkongsian terkini yang diberikan bekas isterinya, Demi Moore baru-baru ini mungkin akan melegakan hati peminat apabila Willis buat pertama kalinya dilihat ‘bersuara’ selepas khabar dirinya nyanyuk diketahui umum.

Menerusi sepotong video yang dikongsikan Moore, Willis dilihat sedang tersenyum gembira dan berbahagia kerana diraikan oleh keluarga saat menyambut ulang tahun ke-68nya.

Tidak hanya tersenyum gembira, aktor Die Hard itu juga dilihat menyanyikan sedikit rangkap lagu Happy Birthday dan berbual sebelum meniup lilin di pie yang menjadi kek ulang tahunnya, lapor The Sun.

Malah Willis juga dilihat mengikut gaya keluarganya saat mereka melaungkan ‘Hip Hip Hooray’. Willis kedengaran melaungkan: Hoorayyy”.

Moore kemudian menulis pada kapsyen video di Instagramnya: “Selamat Ulang Tahun BW! Kami sangat gembira dapat meraikan anda hari ini.

“Saya kamu dan seluruh keluarga kita. Terima kasih buat semua yang ikut mengirim cinta buat Willis dan kami sekeluarga.”

Pada awal tahun ini, isteri Willis, Emma Hemming mengumumkan suaminya telah didiagnos mengalami nyanyuk selepas berhenti berlakon pada tahun lalu selepas mengalami kemorosotan ingatan.
#Artis Hollywood #Nyanyuk #Bruce Willis
;