Hiburan
Ucapan Sweet Ulang Tahun Kelahiran Intan Salleh Kepada Anaknya, Sentuh Hati Peminat
Bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid, Intan Salleh mendapat perhatian ramai apabila berkongsi foto 'throwback' anak sulungnya, Arish Muqri Muhammad Radzi ketika bayi.
Intan berkongsi dan memuat naik foto dirinya bersama bekas suaminya, Ude Wahid dan Arish di laman Instagram (IG) baru-baru ini.
Dalam kapsyen foto terbabit, Intan memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran anaknya yang keempat.
Intan juga memohon maaf di atas apa yang telah berlaku serta kurang memberi perhatian terhadap anaknya, Arish.
Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa sedih membaca kapsyen Intan serta memberi ucapan sempena hari lahir Arish.
Intan turut mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya di Hall Tiara Mutiara 2, semalam.
Di sini, kami kongsikan foto-foto ketika majlis ulang tahun keempat Arish: