Siapa sangka gambar poster yang memaparkan beberapa individu merupakan hasil kreativiti sekumpulan cikgu di Sekolah Kebangsaan Raja Muda Musa Kuala Kangsar, Perak.

Gambar poster terbabit tular apabila dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun Cakcibo Terbang.

Apa yang menariknya, bukan satu atau dua poster yang dihasilkan, namun terdapat 12 kesemuanya.

Poster tersebut dihasilkan secara kreatif berdasarkan filem-filem popular.

Antara yang menarik perhatian termasuklah inspirasi daripada filem Zombie Kampung Pisang, Ejen Ali, Magika Harry Potter dan banyak lagi.

Tambah menarik kesemua nama filem ini diubah menjadi lebih kelakar dan lucu.

Antaranya adalah Zombie Kampung Pisang ditukar menjadi Zombie Kampung Talang.

Anda boleh lihat kesemua poster tersebut di bawah.

Ingatkan poster filem, rupanya hasil kreatif cikgu sekolah di Sk Raja Muda Musa Kuala Kangsar. ??? ? Cakcibo Terbang

Posted by Perak Press on Monday, January 25, 2021

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata netizen tidak menyangka cikgu sekolah tersebut cukup sporting melakukan parodi filem-filem tersebut.

Kebanyakan mereka cukup terhibur dengan aksi dan gaya melucukan tenaga pengajar berkenaan.