Biarpun pencemaran jerebu di Malaysia telah berkurangan, namun masalah ini pasti akan berulang setiap kali berlaku pembakaran hutan secara besar-besaran.

Akibatnya, kita tidak lagi menerima udara segar seperti mana dinikmati ketika ini.

Namun, tahukah anda di negara China terdapat sesetengah pihak mengambil peluang untuk menjual udara segar?

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai John Mohamed.

Menerusi posting tersebut, pemuda berkenaan menjelaskan negara China sudah lama mengalami masalah pencemaran udara yang sangat teruk hingga menyebabkan jualan udara segar amat laku di sana.

"Udara segar itu diambil dari pergunungan dan dibotolkan di dalam tin. Ramai yang beli sebab nak sedut udara bersih.

"Satu botol udara bersih dari Kanada itu berharga hampir RM100 untuk lapan liter udara. Agak mahal untuk udara bersih tapi apakan daya orang lebih memerlukan perlu bayar harga tu," katanya.

Tambahnya, penduduk di China juga menghasilkan skrin layar di beberapa tempat tumpuan untuk mepaparkan pemandangan langit biru.

"Udara kotor dan berjerebu sampai jarak penglihatan sangat terhad, mereka buat skrin untuk paparkan pemandangan langit biru sebab penduduknya dah lama tak nampak langit biru," katanya.

Anda boleh lihat gambar tersebut di bawah: