HIBURAN
Ugut & Sindir Doktor, Nikita Mirzani Sambut Ramadan Dalam Lokap
Bukan Nikita Mirzani namanya jika tidak terkait kontroversi. Dan bukan pertama kali juga pelakon serta selebriti sensasi Indonesia ini masuk lokap. Ini merupakan kali ketiga Nikita ditahan dalam lokap.
Terkini, Nikita ditahan dan menyambut bulan mulia Ramadan di dalam lokap selepas didakwa melakukan peras ugut serta menyindir seorang doktor kecantikan, Reza Gladys. Tidak berseorangan, Nikita kali ini ditahan di dalam lokap bersama pembantunya.

Menurut laporan Detik.com, Nikita ditahan selepas Reza membuat laporan dirinya telah memberi sejumlah wang yang cukup banyak selepas diperas ugut wanita itu.
“Mangsa mendakwa telah diugut sehingga membuat transaksi sebanyak RM1.2 juta kepada Nikita.
“Kerana takut, wang tersebut telah diberi kepada Nikita pada tarikh 14 dan 15 November 2024 secara langsung dan transaksi,” ujar wakil pihak polis tempatan seperti laporan sama.
Nikita bagaimanapun menafikan dirinya memeras ugut pengasas produk kecantikan itu. Dia sebaliknya mengatakan wang yang diberi sebagai nilai dirinya menjalankan kempen produk doktor tersebut.
Reza juga mendakwa telah disindir dengan teruk oleh Nikita yang memberi dirinya label sebagai Ratu Flexing kerana sering berkongsi gaya hidup mewahnya di media sosial, dari koleksi beg mewah sehingga kenderaan mahal.
Selain itu, Nikita turut didakwa melakukan penggubahan wang haram.
Pertuduhan yang dilemparkan kepada Nikita membuat wanita tersebut hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Must-Watch Video