Unit Intergriti Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan ada mengeluarkan arahan untuk mengenakan tindakan terhadap pelajar yang menandatangi petisyen membabitkan usahawan terkenal Datin Vivy Yusof.

Menerusi laman sosial Twitter, akaun rasmi @uitmofficial menulis kicauan terbabit untuk tatapan umum.

“Penafian: Unit Integriti UiTM tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman berkaitan perkara ini. Maklumat ini adalah palsu,” tulis pengendali akaun terbabit.Menerusi berita palsu yang tersebar, para pelajar dikatakan dimohon untuk tidak menyertai sebarang petisyen peletakan jawatan Vivy Yusof sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Jika didapati bersalah, mereka akan dikenakan tindakan di bawah Akta 174.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, ramai yang menyokong tindakan Unit Intergriti UiTM dalam menyekat penularan berita palsu.

Malah, ada yang turut mendesak unit tersebut untuk menurunkan pengasas jenama fesyen tempatan itu daripada jawatannya.

“Nampaknya UiTM sendiri bagi greenlight join petition,” kata seorang wargamaya.

“Ikut suka pelajar. Pelajar memang ada hak untuk menyuarakan pendapat dan mengambil tindakan sekiranya mereka risau ada pihak yang merosakkan imej universiti. Demokrasi kot,” tegur seorang wargamaya.



“Mohon cari produk UiTM yang berjaya, atau seorang ahli akademik. Bukan hanya bagi banyak charity terus boleh jadi BoD. Cari product UiTM yang berjaya supaya kita pun boleh amik inspirasi product UiTM untuk berjaya seperti mereka. Ramai je yang berjaya dari UiTM jadi tokoh, pilih,” luah seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, petisyen ini sudah menerima 230,483 tandatangan untuk meminta Vivy meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

Terdahulu, Vivy dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM pada Mei 2019.