“Ujian Dilakukan Pada Kuku Sebenar” - Inai Che Ta Sah Dibawa Solat
Azwa Rahman
17/09/2022 02:17 MYT
17/09/2022 02:17 MYT
Aktres dan usahawan Rozita Che Wan meluahkan rasa bersyukur apabila produk inai miliknya diiktiraf telap air dan sah penggunaannya dalam solat.
Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, proses ujian yang melibatkan produknya dilakukan di atas kuku manusia sebenar berbanding jenama inai lain yang diuji di atas lateks dan kaca.
Ujian klinikal terbabit dilakukan pensyarah universiti berkenaan iaitu Prof Madya ChM Dr Mohd Zul Helmi Rozani.
"Syukur tak terhingga apabila inai ini berjaya diuji serta menjadi jenama inai pertama yang mana ujian dilakukan pada kuku manusia sebenar dan sah untuk penggunaan solat oleh pihak Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu.
“Kami tahu ada pihak yang menguji penggunaan inai hanya di atas gelas atau bahan lateks yang belum tentu tepat dan sah digunakan dalam solat.
"Sebelum ini memang kami sedar dengan kewujudan dalil dan perdebatan mengenai sah atau tidak penggunaan inai ini.
“Lambakan inai yang mudah digunakan di pasaran seperti inai serbuk, inai siap bancuh atau inai celup menyebabkan ada golongan wanita keliru.
"Terutamanya berkaitan inai jenis celup yang dikatakan menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi wajib.Tapi akhirnya, inai kami ini sah dipakai dalam bersolat," kata Che Ta.
Che Ta ditemui pada acara A Night With Rozita Che Wan bertemakan Malam Bollywood yang diadakan di Glam Hall, Damansara Perdana pada Jumaat.
Majlis tersebut dianjurkan bagi meraikan semua yang menyokongan perjalanan Inai Che Ta termasuk keluarga, teman rapat, rakan media dan juga Skuad Inai Che Ta.
Jelasnya lagi, pertemuan dengan seorang peminat di Singapura yang meragui status halal haram produk inainya itu membuatkan dia lantas mengambil inisiatif ini.
“Dia tak yakin nak pakai inai kami dan kami terangkan kalau akak was-was, tak payah sebab nanti jatuh haram.
“Kami sendiri nak beri penjelasan, tepis segala syak wasangksa, supaya orang tak ada dah perasaan ragu-ragu terhadap produk inai kami,” ujarnya lagi.
Sementara itu rakan perniagaan Che Ta Anas berkata, percaturannya mengusahakan perniagaan inai 'segera' disifatkan berjaya dan bukan sekadar perniagaan 'hit and run'.
"Kami ingin melakukan perniagaan inai ini secara berpanjangan kerana misi utama adalah membantu wanita atau mereka yang memerlukan untuk kelangsungan hidup.
"Menghampiri hujung 2022, kami optimis sasaran jualan inai ini sebanyak 300,000 kotak atau lebih dapat dijual. Pemilihan Che Ta yang komited mempromosikan inai juga amat saya hargai. Sampai orang ingat inai... ingat Che Ta.
"Ujian terhadap inai kami itu dilakukan sekitar sebulan dengan lebih 50 'sample' diuji menggunakan variasi parameter berbeza medium untuk mendapatkan keputusan tepat dan jitu.
"Medium digunakan termasuk ke atas lateks, gelas (kaca) dan sebagainya. Saya diberitahu teknologi gunakan pihak hospital turut dinaiktaraf termasuk menggunakan penggunaan kuku pelajar universiti sebagai testimoni dan ia diuji saintifik sebagai telap air dan sah solat," katanya.
Turut dilancarkan pada majlis berkenaan ialah pembungkusan semula kotak inai selain produk terbaharu gincu mawar hitam atau Black Rose Che Ta berharga RM19.90.
Terdahulu Jun lalu, di premis acara sama, sebuah acara memperkenalkan jenama inai itu diadakan.
Malah serentak turut diadakan majlis berinai besar-besaran bersempena ulang tahun perkahwinan Che Ta dan Zain yang bakal genap 10 tahun pada 11 Disember depan.