All Together Now kembali dengan musim-ke 2! Korang berminat nak join? Inilah masanya! Tak kira korang hebat menyanyi secara solo, duo, trio atau berkumpulan. Jom serlahkan bakat korang!

All Together Now adalah sebuah rancangan realiti pertandingan nyanyian yang diadaptasi dari United Kingdom dan telah dipopularkan di 14 buah negara yang lain seperti, Brazil, Italy, Norway, Columbia, Denmark, France dan banyak lagi.

‘All Together Now' versi Malaysia masih mengekalkan format asal program tersebut. Namun begitu, terdapat pengisian elemen tempatan yang akan turut disuntik untuk menambah baik format asal agar bersesuaian dengan sensitiviti, budaya serta relevan untuk tontonan rakyat Malaysia.

Jom tengok syarat-syarat penyertaan di bawah sebelum korang hantarkan penyertaan korang!

1. WARGANEGARA MALAYSIA
2. NYANYIAN TERBUKA KEPADA SEMUA JENIS BAHASA
3. PENYANYI SOLO, DUO, TRIO ATAU BERKUMPULAN.
4. TIADA HAD UMUR

Amacam? Korang lepas semua syarat-syarat tu? Tunggu apa lagi! Hantarkan penyertaan anda berbentuk video atau pautan ke [email protected]

Jangan lupa juga untuk nyatakan “All Together Now Malaysia Musim 2” pada Subjek Email korang tau! Paling penting, pastikan korang hantar sebelum tarikh akhir penyertaan iaitu pada 30 April 2022!

Selamat berjaya!