,
Gaya Hidup

Ujibakat Sunsilk Peluang Gadis Berhijab Tonjol Bakat Seni Terpendam

Ahmad Shah
09/10/2015
08:34 MYT
Kempen Kecapi Impianku bersama Sunsilk teleh pun bermula pada Ogos lalu dan ia merupakan platform kepada wanita berhijab mencapai impian untuk menjadi seorang pengarah, penyanyi mahupun wartawan penyiaran.
Dengan bantuan tiga ikon kempen tersebut iaitu Najwa Latif (penyanyi), Melissa Saila (pengarah/pelakon) dan Khairunnisa Kasnoon (wartawan penyiaran), kempen ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada Hijabista supaya lebih berani kehadapan untuk merealisasikan cita-cita yang diimpikan. Sebagai contoh, bagi peserta yang ingin menjadi seorang pengarah atau pelakon seperti Melissa Saila, mereka perlu membentangkan idea-idea menarik di hadapan karyawan seni filem tersebut atau pun melakonkan watak-watak yang mencabar. Bagi peserta yang meminati muzik dan mengimpikan untuk menjadi seorang penyanyi mahu pun komposer serta penulis lirik yang karyanya dinyanyikan oleh artis terkenal, mereka perlu menjalani sesi ujibakat bersama Najwa Latif. Antara cabaran yang perlu dihadapi saat ‘bertentang mata’ dengan Najwa Latif ialah peserta perlu menyampai lagu yang ingin dinyanyikan dengan gaya tersendiri tanpa meniru artis asal. Manakala yang ingin menjadi wartawan penyiaran pula, peserta dikehendaki membaca berita atau menjadi pengacara program TV di hadapan Khairunnisa Kasnoon.
Apa yang pasti, rata-rata peserta yang menghadiri ujibakat tersebut memiliki bakat serta daya keberanian yang cukup tinggi hingga turut membuatkan ketiga-tiga ikon Sunsilk itu berasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh mereka. Tak percaya?
Apa kata jom lihat video disebalik tabir ujibakat Kecapi Impianku BersamaSunsilk di bawah dan jangan lupa layari http://astrogempak.com.my/impiankubersamasunsilk.aspx untuk berita lanjut:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

#GMWA23: Dandanan Watak Aileen Bawa Tuah, Anna Jobling Raih Anugerah Drama Rambut Tetap Boom Menerusi Syurga Itu Bukan Mudah

gempak
25/02/2024
14:23 MYT
Memiliki gaya rambut yang menepati pilihan penonton, Anna dipilih sebagai penerima Anugerah Drama Rambut Tetap Boom di Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya pada Ahad
Laman Utama

Guna Sunsilk Strong & Long Baharu, Rambut Panjang Masih Kuat Dan Sihat

gempak
07/07/2023
07:30 MYT
Love Sunsilk! Rambut lebih kuat dan sihat.
Laman Utama

Pernah Tersenarai Dalam Forbes, Tewaskan 4 Pesaing Lelaki, Ini Fakta Menarik Tentang Peninju Hijab Pertama, Nor Diana.

gempak
21/11/2022
03:30 MYT
Hebatnya Nor ‘Phoenix’ Diana!
Laman Utama

Throwback Iklan Syampu ‘Legend’, Ramai Tanya Datin Shahida; “Mana Dia Sekarang, Mesti Makin…”

gempak
26/03/2022
01:00 MYT
Menarik juga ideanya
Gaya Hidup

Nik Shamiera Pamer 3 Tutorial Gaya Hijab Ala Wartawan Penyiaran

gempak
19/11/2015
01:34 MYT
BorakSeeni