Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ulang 100 Kali Pun Tak Bosan, Ini 5 Filem Terbaik P Ramlee Pilihan Gempak! Wajib Tonton Now!

Hanafis Haris
29/05/2020 11:18 MYT
Benarlah kata orang, P Ramlee memang sukar dicari ganti.

Biarpun hari ini sudah 47 tahun Allahyarham meninggalkan kita, namun karya agungnya masih segar dan 'hijau' di hati penonton.

Baik tua atau muda, semua karya beliau seakan mudah untuk 'dihadam' oleh segenap lapisan masyarakat.

Sehubungan itu, Gempak senaraikan 5 filem P Ramlee yang menjadi pilihan kami.

#1 Madu Tiga

"Senangnya dalam hati, kalau beristeri dua, terasa dunia ini ana yang punya"

Baik lirik dan melodi lagu ini cukup hebat hingga ia dipopularkan semula oleh Ahmad Dhani pada tahun 2009.

Malah, filem ini sehingga kini masih relevan untuk ditonton khususnya buat para suami yang mahu berkahwin lebih daripada satu.

Lebih membanggakan Madu Tiga diiktiraf sebagai Filem Komedi Terbaik pada Festival Filem Asia 1964 di Taipei.

#2 Ali Baba Bujang Lapok

Ini antara filem kegemaran Gempak kerana dialog yang digunakan cukup berkias dan 'double meaning'.

Banyak dialog dalam filem ini seakan menggambarkan situasi yang berlaku pada zaman sekarang.

Antara dialog kiasan dalam Ali Baba Bujang Lapok ialah "jual candu ada lesen, jual ganja ada lesen, jual belacan tak ada lesen. Saya ‘smuggle’ dari Malaya.”

Jelas sekali P Ramlee menegur terhadap penguatkuasaan undang-undang yang tidak telus.

Banyak lagi sebanarnya, anda boleh tonton filem ini dan perhatikan dialog-dialog yang digunakan.

#3 Anakku Sazali

“Bapak yang bersalah dalam soal ini, bapak membesarkan Sazali dengan secara membabi buta saja, segala apa kemahuan Sazali bapak tunaikan"

Anda pasti tidak boleh lupakan dialog 'keramat' ini bukan?

Filem Anakku Sazali yang diterbitkan pada 1956 telah memberi tamparan hebat kepada penonton terutamanya ibu bapa.

Dalam filem ini P Ramlee antara pelakon yang terawal memegang dua watak dalam sejarah filem Melayu.

Satu watak ayah, satu lagi watak anak. Bayangkan dengan ketiadaan efek canggih ketika itu!

#4 Ibu Mertuaku

Kassim Selamat? Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?Ahli muzik? Memang pantang datuk nenek aku ahli muzik!

Terngiang-ngiang rasanya terikan Nyonya Mansor terhadap anak menantunya sendiri.

Filem ibu mertuaku boleh dikatakan antara filem P Ramlee yang cukup dramatik, tragis dan beremosi.

Siapa boleh lupa babak Kassim Selamat yang mencucuk garfu ke dalam matanya kerana tidak tahan ditipu oleh orang di sekeliling.

Menerusi filem ini P Ramlee dianugerahkan The Most Versatile Talent pada Festival Filem Asia di Tokyo pada 1963.

Tidak cukup dengan itu, lagu dalam filem ini sehingga sekarang kekal 'evergreen' termasuklah Jeritan Batinku, Jangan Tinggal Daku dan Di Manakan Ku Cari Ganti.

#5 Pendekar Bujang Lapok

Tidak lengkap rasanya berbicara mengenai filem P Ramlee jika tidak menyenaraikan Pendekar Bujang Lapok.

Sebelum wujudnya Senario, Sepahtu, Bocey atau kumpulan Zero, penonton terlebih dahulu dihiburkan dengan trio P Ramlee, Aziz Satar dan S Shamsudin.

Malah menerusi filem ini, Pendekar Bujang Lapok menggondol anugerah Filem Komedi Terbaik pada Festival Filem Asia 1959 di Kuala Lumpur.

Secara jujurnya bukan ini saja filem P Ramlee yang bagus, boleh dikatakan hampir semua karya beliau wajib anda tonton.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk saksikan kompilasi filem terhebat P Ramlee di Astro Go dan On Demand!

#Filem #Filem #On Demand #PRamlee