gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nur Nilam Tidak Berpurdah, Mata Pun Lain - “Itu Bukan Saya, Atas Hati Dan Pemikiran Masing-Masing”
VIRAL
Bekas Ratu Cantik Buat Laporan Polis, Dakwa Dic*bul Di Kuil - "Dia Masukkan Tangan Ke Dalam ..."
HIBURAN
Nam Ron Tolak Watak Pedofilia, Tak Sanggup Lukakan Diri Sendiri Secara Emosi - "Kena Tahu Bila Perlu Berhenti"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Ulang Tahun Ke-100: Tun Mahathir Ingin Lihat Malaysia Kembali Jadi 'Asian Tiger'

Gempak
Gempak
10/07/2025
15:25 MYT
Sponsor Banner
Ulang Tahun Ke-100: Tun Mahathir Ingin Lihat Malaysia Kembali Jadi 'Asian Tiger'
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ingin melihat Malaysia kembali menjadi 'Asian Tiger' dan berkeyakinan ia boleh dicapai jika segala kekayaan dan sumber negara dimanfaatkan sepenuhnya.
Beliau berkata, Malaysia mempunyai potensi besar untuk kembali kukuh di persada Asia kerana merupakan sebuah negara yang sebenarnya sangat kaya.
Katanya, bagaimanapun kekayaan tersebut tidak akan membawa hasil jika tidak dibangunkan dan diurus dengan betul.
“Saya ingin melihat Malaysia kembali ke pentas sebagai 'Asian Tiger'. Kita mampu melakukannya. Malaysia sangat kaya, tetapi jika kita tidak tahu bagaimana untuk membangunkan dan menggunakan aset yang kita ada, kita tidak akan menjadi kaya,” katanya ringkas.
Dr Mahathir berkata, Malaysia juga mempunyai banyak potensi besar yang belum diterokai sepenuhnya. Beliau berkata demikian ketika sidang media Majlis pembukaan semula Galeria Sri Perdana di sini, hari ini. Majlis itu diadakan hari ini sempena sambutan ulang tahun kelahiran beliau yang ke-100.
Malaysia pernah digelar ‘Asian Tiger’ pada era 1990-an, merujuk kepada pencapaian pesat ekonomi yang menyaksikan pertumbuhan kukuh dan pelaburan asing yang memberangsangkan, seiring dengan negara seperti Korea Selatan, Taiwan dan Singapura.
Dalam pada itu, Galeria Sri Perdana yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri keempat, kini kembali dibuka kepada orang ramai selepas menjalani kerja menaik taraf dan pemuliharaan menyeluruh.
Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman berkata, galeria bersejarah itu berperanan sebagai pusat pelancongan pendidikan yang memaparkan pelbagai aspek kehidupan dan pentadbiran salah seorang tokoh politik paling berpengaruh di negara ini.
"Galeria tersebut menempatkan lebih 3,500 koleksi memorabilia, termasuk perabot asal, kenderaan rasmi, dokumen bersejarah dan pakaian milik Dr Mahathir. Para pelawat juga berpeluang melawat ruang-ruang seperti bilik tidur, ruang makan keluarga, dan bilik mesyuarat yang pernah digunakan oleh beliau dan keluarga.
"Galeria Sri Perdana dibuka kepada orang ramai setiap hari Selasa hingga Ahad, dari jam 9 pagi hingga 5 petang, dan ditutup pada setiap hari Isnin kecuali semasa musim cuti persekolahan," katanya.
Sumber: Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Tun M
#Tun Mahathir
#Ulang Tahun Ke-100
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement