“Ulangtahun Perkahwinan Kali Ini Lebih Istimewa Kerana Rai Bersama Keluarga di Cebu” – Mark Adam

Fiza Kamarudin
September 6, 2019 02:31 MYT
Penyanyi dan komposer Mark Adam meluahkan rasa syukur kerana sudah 16 tahun mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta, Norazah Redzuan.
Mark berkata, dia sendiri tidak menyangka ibu serta adik-beradiknya yang lain merancang untuk membuat kejutan kepadanya dan isteri.
“Ya, pada 31 Ogos lepas genap 16 tahun saya dan isteri mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, hubungan kami masih dipelihara Allah SWT.
“Tentang kejutan yang dibuat itu, sebenarnya pada 31 Ogos lalu di Cebu, Fillipina tetapi isteri saya baru ada masa untuk muat naik video di Instagram (IG)nya.
“Rasanya kali istimewa sedikit sebab kami bersama keluarga di Cebu dan dapat menyambutnya di rumah baru emak,” katanya kepada Gempak.
Mark Adam ditemui pada pagi tadi (Jumaat) di studio program bual bicara Mingguan Wanita di Astro, Bukit Jalil.
Semalam isteri Mark, Norazah atau lebih dikenali sebagai Ezan berkongsi video kejutan di hari ulangtahun perkahwinan mereka.
Difahamkan, Mark dan Ezan baru sahaja pulang ke Malaysia pada Isnin lalu selepas bercuti di kampung halaman Mark.
#Penyanyi #Mark Adam #Penyanyi #Komposer