VIRAL
"Ular Hitam, Lipan Bara Merayap Dalam Rumah, Sihir Dan Busung Pun Dah Lalui" - Haliza Maysuri
Pengasas perniagaan Haliza Maysuri tampil berkongsi sisi peribadi dan penuh keinsafan dalam satu hantaran video di TikTok, menjawab komen-komen netizen yang sering menasihatinya supaya tidak terlalu kerap muncul di media sosial kerana bimbang terkena 'ain atau sihir.
Namun bagi Haliza, realitinya jauh lebih mendalam daripada sekadar nasihat biasa. Haliza terbaharu tampil mendedahkan pengalaman menakutkan yang pernah dilaluinya sejak mula menceburi dunia perniagaan.
“Sejak mula berniaga, bukan saja ‘ain’, sihir pun saya dah lalui,” tulisnya.
Haliza menceritakan bagaimana dia pernah mengalami gangguan-gangguan luar biasa seperti ular hitam yang berulang kali masuk ke rumah, lipan bara merayap di dalam bilik, tanah kubur yang ditabur di hadapan butik dan air berbau kapur barus yang membasahi pintu kedainya.
Lebih menggerunkan, dia juga pernah terkena busung, mengalami mimpi ngeri dan jatuh sakit berpanjangan tanpa penjelasan perubatan.
“Bertahun saya terlantar. Pengsan tiba-tiba bagai ada tenaga yang begitu kuat menolak tubuh saya. Sering kali berlaku, malah sampai ke hari ini,” luahnya.
Walaupun diuji sebegitu rupa, Haliza tetap tenang dan percaya bahawa segala yang berlaku adalah dengan izin Allah, dan setiap ujian membawa hikmah.
“Saya tak takut. Bukan sebab saya kuat, tapi sebab saya yakin setiap ujian datang dengan hikmah. Dan bila kita mampu lepasi ujian itu, di situlah letaknya nilai kejayaan sebenar,” katanya.
Haliza juga menekankan bahawa prinsipnya dalam perniagaan bukan diukur berdasarkan harta atau nama yang gah, tetapi pada keupayaan seseorang melepasi ujian hidup dengan hati yang tetap bersandar pada Tuhan.
Menjawab teguran yang meminta agar berhenti muncul di hadapan kamera atau melakukan sesi siaran langsung, Haliza memberikan jawapan yang penuh makna.
“Kalau saya tak buat semua itu, macam mana orang nak nampak produk kita? Sekarang ni media sosial adalah butik kita. Kalau saya diam, tak buat konten, tak perkenalkan diri… orang tak kenal siapa saya. Bila orang tak kenal, macam mana nak yakin untuk membeli?”
“Kadang-kadang sihir pun dihantar supaya kita berhenti berniaga. Akhirnya kita sendiri yang tutup perniagaan kita kerana takut.
“Saya pilih untuk terus berniaga. Terus berjuang. Dengan izin Allah. Dan saya tak pernah berhenti berdoa agar saya dan sesiapa yang sedang diuji seperti saya, terus kuat dan terus berniaga. Kerana sembilan daripada sepuluh bahagian rezeki adalah melalui perniagaan," tegasnya.
undefined