Viral
Ular Masuk Ke Dalam Rumah? Jangan Terus Bunuh, Beri Amaran Dulu
Ular merupakan reptilia karnivor yang digeruni ramai orang. Sekiranya terserempak, pasti bertempiaran berlari.
Ular sesat masuk ke dalam rumah seringkali berlaku tidak kira sama ada di bandar atau kampung.
Menerusi sebuah perkongsian yang dibuat oleh Alif Megat, dia menyatakan jangan terus dibunuh ular itu sekiranya situasi tersebut terjadi.
"Orang tua selalu pesan jika ada ular yang tersesat masuk ke rumah kita, jangan sesekali terus membunuh ular itu tanpa sebab.
"Hendaklah memberi amaran kepada ular itu terlebih dahulu dengan kata-kata begini..
"Engkau ular ke jin? Kalau jin, keluar dari rumah aku.”
"Beri amaran sebanyak tiga kali, jika ular itu tidak berganjak juga, barulah dipukul sampai mati.
"Dibimbangi jika ular itu jelmaan jin, dia akan datang semula. Ada yang setuju atau ada cara lain?" kongsinya di laman Twitter.
Untuk mengukuhkan lagi entri itu, Alif turut berkongsi satu petikan hadis.
"Dari Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya ada ular di rumah. Apabila kalian melihatnya, maka buatlah peringatan tiga kali. Apabila pergi, maka biarkan dan apabila tidak mau pergi, maka bunuhlah” (HR Muslim : 2236)
Sehingga kini, tweet tersebut telah mendapat 11,000 kicauan (retweet) dan hampir 17,000 tanda suka (likes).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.