Ular Sawa 250kg, 100kg Seakan Anaconda Ditemui Di Terengganu - “Kesian Habitat Dia Musnah”
Azwa Rahman
12/12/2021 01:55 MYT
12/12/2021 01:55 MYT
Kewujudan ular bersaiz gergasi ataupun anaconda sering dimomokkan di kawasan hutan Amazon di Brazil.
Namun hakikatnya Ular Sawa Batik atau nama saintifiknya Python Reticulatus ini boleh juga ditemui di benua Asia Tenggara.
Menerusi laman sosial Twitter, tular penemuan dua ekor ular seakan anaconda di negeri Terengganu yang menggemparkan negara.
Menurut akaun Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, dua ekor ular bersaiz gergasi ini masing-masing seberat 250 kilogram (kg) dan lebih 100kg.
Ditemui di daerah Marang, penemuan reptilia itu mengejutkan beberapa pekerja di sebuah tapak pembinaan di Kampung Gong Nangka.
Difahamkan reptilia tersebut ditemui dalam tanah yang dikorek dan dibersihkan.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bergegas dipanggil ke tempat kejadian bagi membantu menangkap kedua-dua ular gergasi dan menyifatkan lokasi itu adalah sarang reptilia tersebut.
Hal ini kerana kawasan penemuan kedua replitia ini tidak jauh di antara satu sama lain.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya bersimpati dengan nasib kedua-dua ekor ular tersebut memandangkan habitat asal mereka dicerobohi.
“Penemuan amende pulak dah tu memang tempat diorang? Diorang yang patut terkejut kenapa kau ada kat situ,” ujar seorang wargamaya.
“Tetamu tak diundang datang, pastu dia pulak terkejut hahahah. Kesian, habitat dia musnah,” kata seorang wargamaya.
“Harapnya letak ular-ular ni di habitat yang seakan sama. Kesian dah besar mcm tu, takut nanti berlapar di tempat baru, takleh adapt. Jumpa manusia, nanti kena lapah nak kulit,” luah seorang wargamaya.
“Kesiannya ular-ular tu. Rakusnya manusia tarah habitat haiwan macam ni. Tarah sana sini pastu nanti bila haiwan-haiwan lari p kawasan manusia untuk cari tmpt perlindungan, kita pandai pulak nak marah. Walhal, kita yang mula menceroboh,” tulis seorang wargamaya.
“Kat sini yang merbahaya adalah manusia yang tebang habitat diorang, dah tu rumah diorang tapi diorang ratakan atas projek,” komen seorang wargamaya lagi.
Kedua-dua ular ini akan dipindahkan ke Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, Terengganu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.