Ulas Isu ‘Child Free’, Caprice Akui Hidup Berubah Lepas Punyai Zuriat – "Dulu Tidur Bergantung Pada Ubat”
Asyikin Mayudin
29/06/2024 00:55 MYT
29/06/2024 00:55 MYT
Penyanyi Caprice memberi pandangannya mengenai ‘trend’ baru-baru ini di mana terdapat pasangan yang sudah berkahwin memilih untuk tidak mempunyai zuriat.
Anggap Anak Rezeki
Menganggap anak-anak sebagai rezeki, Caprice berkata dia menyedari kehidupannya sudah berubah sepenuhnya selepas dikurniakan cahaya mata.
“Tengah kecoh di media sosial fasa; trend nak kahwin tapi tak nak anak. Jujur guys, kids = rezeki. Sebelum ada anak, saya sendiri selalu dengar benda ini.
“Selepas ada anak barulah kita faham maksud dia. Its true. Rezeki datang dengan pelbagai bentuk, bukan hanya duit. Kehidupan saya sebelum ada anak lelaki selalu dalam keadaan sibuk.
ARTIKEL BERKAITAN: Seram...Wanita Ini Kongsi Suami Tiba-Tiba Dirasuk Dalam Perjalanan Pergi Berubat
ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Hebat Sebab Guna Gambar Double Meaning, Syarikat Neelofa Mohon Maaf
“Tak ada masa untuk relax atau tenang. Dulu tidur pun bergantung dengan ubat tidur. Sejak ada anak, saya dapat jumpa cara nak imbangkan. Dia adalah pemeriksa dan keseimbangan saya.
“Dia juga adalah ubat tidur saya, kitkat saya, untuk berehat. Insya-Allah,” kata Caprice menerusi Instagram miliknya.
Rutin Harian
Pada perkongsian yang sama, Caprice juga berkongsi mengenai rutin hariannya iaitu meluangkan masa bersama anak selepas pulang dari kerja.
“MasyaAllah, Alhamdulillah. My daily routine. Balik dari kerja, terus cari budak ni. Tak kira macam mana kehidupan stres pun.
“Tak kira macam mana sibuk ya hari berlalu, tak kira banyak mana bil, gaji, overhead dan kos yang kena selesai hujung bulan.
“Dapat saja bau si kecik ni… poof! Segalanya dalam dunia hilang dan semua yang anda fikirkan hanyalah untuk luangkan masa bersama dia,” katanya.
Untuk info, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis pada 15 November 2021 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Airiel Qashaf pada 17 Mac lalu.
Sebelum ini, Farra yang juga ibu tunggal mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea.
ARTIKEL BERKAITAN: Budaya ‘Work Life Balance’, Malaysia Berada Di Tangga Kedua Terburuk Dunia
ARTIKEL BERKAITAN: Budaya ‘Work Life Balance’, Malaysia Berada Di Tangga Kedua Terburuk Dunia
ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Agusta A109 LOH Mendarat Cemas, Ini Fakta Insiden Yang Perlu Anda Tahu
ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia Mendunia! Kuala Lumpur Jadi Lokasi Penggambaran Filem Marvel Thunderbolts
ARTIKEL BERKAITAN: Akur ‘Permintaan’ Netizen, MOM Tambah Baik Reka Bentuk Pakaian Rasmi Kontijen Negara Sempena Sukan Olimpik Paris 2024
#Anak
#Suami Isteri
#Caprice
#Rezeki
#Zuriat
#Farra Inalis
#Isteri Caprice
#Anak Caprice
#Child free
#Pasangan kahwin