Laman Utama
Ulas Isu Mak Cik ‘Puaka’ Nasi Lemak, Zed Zaidi Minta Jadikan Peniaga Bangsa Cina Sebagai Contoh; “Mereka Berniaga Secara…”
Baru-baru ini tular sebuah video mengenai seorang wanita yang dikenali sebagai Mak Cik ‘Puaka’ menjual Nasi Lemak yang bertindak menyerang peniaga lain yang didakwa menjual menu sama di gerai sebelahnya.
Video insiden terbabit turut tular di seluruh platform media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi kurang senang daripada wargamaya.
Dalam pada itu, isu berkenaan turut menyorot perhatian Presiden Seniman, Zed Zaidi untuk memberi pandangannya.
Jelas Zed, 42, isu peniaga ‘dengki’ hanya terjadi dalam kalangan peniaga Melayu sahaja, sebaliknya dia memuji sikap peniaga berbangsa Cina yang dilihat bersaing secara sihat dalam perniagaan untuk dijadikan contoh.
“Sebenarnya kalau nak bersaing, jadikan contoh kaum Cina berniaga. Cara mereka berniaga sangat sihat.
“Mereka ‘gaduh’ dalam perniagaan bukan macam cara Melayu yang suka hantar santau sana sini, tidak begitu.
“Kalau orang Cina mereka berperang daripada sudut persaingan itu, contoh, pesaingnya meletak harga RM10, esoknya pasti pesaing lain akan meletak harga lebih rendah, itulah cara mereka bersaing dalam perniagaan, sangat sihat,” katanya.
Zed ditemui pada sesi pelancaran majlis Astana Event Louge bertempat di Sky Park, One City, USJ Subang Jaya, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Tambah Zed atau nama penuhnya Rozaidi Abdul Jamil, dengan cara bersaing secara sihat, sesebuah perniagaan pastinya akan berjaya.
“Apabila bersaing secara sihat,barulah perniagaan kita dan orang juga akan berjaya.
“Semua peniaga sama-sama naik, yang orang Melayu baru buka jualan yang sama dan gerai sebelah-menyebelah dah saling tuduh menuduh yang bukan-bukan, macam mana nak maju,” tambahnya.
Astana Event Lounge merupakan ruang acara majlis yang sangat mewah dan eksklusif bagi mana-mana pihak yang berhasrat mengadakan majlis atau sambutan.
Sementara itu, pada majlis tersebut, tetamu yang hadir telah diperkenalkan dengan pakej dan tawaran menarik yang disediakan pihak Astana.
Untuk maklumat lanjut, terus hubungi wakil Astana Event Lounge iaitu Mohd Syamir Yusof (Pengarah Urusan) di talian 012 238 0331 atau Noraini Elias (Pengurus Operasi) di talian 017 850 1575.
Must-Watch Video