BERITA
Umat Islam Di Indonesia Sambut Aidiladha 6 Jun, Sehari Awal Dari Malaysia & Singapura
Umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 Jun ini, menurut Menteri Agama, Nasaruddin Umar.
Beliau mengumumkan perkara itu selepas selesai mengadakan persidangan isbat untuk menentukan 1 Zulhijah 1446H dan Hari Raya Aidiladha di kementeriannya malam ini.
"Berdasarkan laporan yang diterima, disepakati bahawa tarikh 1 Zulhijah jatuh pada Rabu, 28 Mei 2025 dan 10 Zulhijah atau Aidiladha pada Jumaat, 6 Jun 2025," katanya dalam kenyataan.
Berdasarkan pengumuman itu, Indonesia bakal merayakan Aidiladha sehari lebih awal dari negara jiran, Malaysia dan Singapura.
– BERNAMA
Must-Watch Video