Laman Utama

Umie Aida Dedah Rahsia Awet Muda Christine Hakim - “Sebelum Subuh Ibu Amalkan Baca Surah Yasin”

gempak
Izwan Isa
18/07/2022
12:50 MYT
Sponsor Banner
Umie Aida Dedah Rahsia Awet Muda Christine Hakim - “Sebelum Subuh Ibu Amalkan Baca Surah Yasin”
Setiap orang memiliki cara yang tersendiri dalam menjaga penampilan diri. Bagi kaum wanita, tentulah penjagaan dari dalam termasuk perihal makanan dan juga senaman dititik beratkan agar usia yang melewat seiring dengan kematangan fizikal dan juga wajah.
Ada juga yang menjalankan petua-petua berbeza yang dirasakan sesuai dengan cara hidup dan juga rutin harian.
Hal ini mungkin dilalui oleh pelakon tersohor dari Indonesia, Christine Hakim. Menerusi perkongsian terkini Datin Seri Umie Aida di Instagram miliknya, Umie tersebut secara terbuka mendedahkan rahsia awet muda Christine yang disifatkan tidak makan usia.
Pada ruangan kapsyen, Umie berkata: “Masya-Allah… dari dulu sampai sekarang ibu Christine Hakim tetap sama tak makan usia.
“Nak tahu rahsianya? Maaf ya ibu… saya bocorkan sikit sahaja rahsia ibu ya. Sebelum Subuh ibu amalkan baca Surah Yasin dari dulu sampai sekarang tidak pernah tinggal. Subhanallah,” tulis Umie.
Difahamkan, Umie bertemu Christine sewaktu figura itu singgah ke Malaysia bagi menghadiri Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) Ke-5.
Christine juga ditugaskan untuk menjadi Presiden Juri pada Malaysia Golden Global Awards (MGGA) 2022 yang berlangsung di Istana Budaya pada 16 Julai lalu.
Untuk rekod, Christine Hakim yang kini berusia 64 tahun pernah membintangi filem-filem ikonik seperti Badai Pasti Berlalu, Puteri Gunung Ledang, Eat, Pray, Love dan Kartini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live