HIBURAN
Umie Aida Nak Carikan Jodoh Buat Erma Fatima, Ini Respons Tuan Badan - “Dia Ingat Kakak Dia Ini Umur 19 Tahun Ke? Gila…”
Penerbit Erma Fatima berharap tiada mana-mana pihak terpedaya dengan kenyataan adiknya iaitu pelakon Datin Seri Umie Aida yang mengatakan dia mahu mencari jodoh buat kakaknya.
Tak mahu jodoh
Menerusi perkongsian di Instagram, Erma berkata netizen hanya boleh mempercayai kenyataan adiknya yang dalam soal dia mengalami tekanan darah tinggi sahaja.
ARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima ‘Pantang’ Stesen TV Potong Babak Dalam Drama Terbitannya Tanpa Izin - “Kalau Tak Suka, Beritahu…”
ARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima Nampak Bakat Lakonan Puteri Balqis Sejak Usia 6 Tahun - “Saya Rasa Dia Ini Lahir-Lahir…”
Malah menurut penerbit berusia 57 tahun ini, tiada dalam senarai hidupnya untuk mencari pasangan dan berkahwin memandangkan usianya bukan lagi 19 tahun.
“Bab tekanan darah tu korang boleh percaya tapi bab cari jodoh tu MENGARUT. Jangan TERPEDAYA! Dia ingat kakak dia ni umur 19 tahun ke… gila!
“Ia tak akan terjadi! No men no cry. Tak ada dalam senarai hidup aku untuk cari pengganti,” kata Erma.
Tukar tajuk drama
Pada perkongsian yang sama, Erma turut mengatakan dia mahu menukar tajuk drama yang kini dalam penggambaran di New Zealand gara-gara adik dan rakan artis yang berada di sana mahu mencari jodoh untuknya.
“Aku rasa mereka kena tukar tajuk drama shoot kt NZ ni. Tiap-tiap hari kerja depa nak jodohkan aku… dah gila agaknya,” katanya lagi,
Mahu tapi malu
Dalam pada itu, Umie menerusi komen di perkongsian tersebut sempat menyakat Erma dengan mengatakan kakaknya mahu dicarikan jodoh namun segan untuk meluahkannya.
“Mu seorang yang pemalu… tapi mahu. Biarkan diriku mencarikan jodoh buat mu. Mu tenang ok. Niat ku agar mu dapat jalani hidup sihat lepas kahwin nanti,” balas Umie.
Sebelum ini, Umie Aida meluahkan rasa bimbang terhadap kesihatan kakaknya yang mengalami tekanan darah yang naik mendadak.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pelakon berusia 51 tahun itu berkata, Erma tidak pandai menguruskan diri sehingga mengabaikan kesihatan dan disebabkan itu dia mahu mencari pasangan hidup buat kakaknya.