Umie Aida Terpaksa Letak Ais 4 Kali Sehari, Duduk Diam Atas Katil

Elrafaei Sapi
Julai 17, 2018 06:54 MYT
Pelakon popular, Datin Paduka Umie Aida terpaksa menggunakan ais sebanyak 4 kali sehari dan duduk di atas katil selepas mengalami sakit yang pernah dialaminya enam bulan lalu.
Ujarnya, sakit 'slipped disc' atau disk tergelincir yang pernah dihidapinya sejak enam bulan lalu berlaku semula selepas dia melakukan senaman.
"Kadang-kadang me terlupa batasan yang layak me ( slipdisc) lakukan bila exercise. rasanya almost 6 bulan me tak sakit belakang. Tapi semlm.. mcm biasa over excited nak buat international fitness test , me buat fly yoga up side down.. alaa buat sekali je. Pastu my back rasa semcm," katanya menerusi Instagramnya, @umieaida9.
Sambungnya, dia mula rasa sakit selepas melakukan senaman berkenaan tetapi masih berdegil untuk meneruskan aktiviti tersebut.
"hmmm.. baru betul2 me sedar diri & tak dpt habiskan test. InsyaAllah.. selalunya sakit mcm ni mengambil masa 4,5 hari utk baik," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @umieaida9
#Umie Aida #Slipped Disc