HIBURAN
Umisya Kongsi Sedutan Video Aslam Bantu Uruskan Rumah Tangga Ketika Berpantang, Netizen Sebak - “Dia Ayah Yang Baik Tapi…”
Sepotong video yang dikongsi oleh pempengaruh Umisya Mazlan berjaya mendapat perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, Umisya berkongsi video memaparkan suaminya iaitu Aslam sedang membantu menguruskan kerja rumah selepas dirinya kini difahamkan sedang berpantang.
undefined
“Macam mana Misya berpantang sorang…mana ada sorang,” tulisnya menerusi video tersebut.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memuji sikap Aslam yang dianggap sebagai bapa yang rajin dan sangat bertanggungjawab meskipun mempunyai dua isteri.
“Mesti ada sebab kenapa misya pilih untuk stay, maybe sebab Aslam seorang suami and ayah yang baik tapi tersilap langkah.
“Dia ayah yang baik mungkin sebab tu misya redha.
“Selain BASS, this couple pun kite suka jugak. Allah uji sebab Allah sayang. Semoga Allah jaga Misya & family, dijauhkan dari hasad dengki manusia,” komen beberapa netizen.
Sekadar info, nama Umisya mula melonjak naik selepas suaminya, Ahmad Aslam bernikah dengan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania.
Mereka berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sekali gus bergelar madu kepada isteri pertama lelaki terbabit iaitu Umisya.