Hiburan
Ummi Nazeera Dedah Pernah Hadapi Masalah Mental
Terbaru, pelakon Ummi Nazeera telah mendedahkan kisah hidupnya yang pernah mengalami kemurungan dan masalah mental ketika zaman belajarnya di luar negara.
Pendedahan tersebut dibuat di entri terbaru akaun Instagram miliknya.
"Penyakit mental dan kemurungan adalah perkara serius, kita harus meminta pertolongan.
"Sejujurnya, saya pernah mengalami masalah tersebut ketika tahun pertama di universiti," tulis Ummi.
Menurutnya, ekoran dari masalah tersebut, dia terus berjumpa dengan pakar terapi yang disediakan pihak universitinya ketika itu.A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on
Selain itu, Ummi juga menyatakan bahawa dia telah berusaha untuk mendalami ilmu Islam dan ia telah membuatkannya tenang sehingga kini.
Teks : Asraf Aided
Sumber : Instagram Ummi Nazeera
Must-Watch Video